Najis yang telah kering sehingga hilang segala sifatnya.
Najis Mughallazah
Babi, anjing dan segala yang terhasil daripada kedua- duanya.
Najis Mukhaffafah
Air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia bawah dua tahun qamariah (tahun Islam) dan minum susu ibunya sahaja.
Air Mutanajjis
Air yang bercampur dengan najis atau berubah sifat kerana bercampur dengan najis.
Air Muqayyad
Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu atau benda yang suci yang boleh mengubah sifat air tersebut dan tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Air Musyammas
Air mutlak di dalam bekas yang terjemur atau terdedah pada cahaya matahari yang amat terik.
Air Mustakmal
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib) dan tidak boleh digunakan untuk bersuci semula.
- « Previous Page
- 1
- …
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- …
- 31
- Next Page »