Penerangan
Makhluk yang menjadi utusan Allah SWT. Dicipta daripada cahaya. Bersayap, ada yang dua, tiga, empat dan lebih. Tidak lelaki dan tidak perempuan. Taat dan tidak melakukan dosa. Benar dalam menyampaikan segala yang dikhabarkan daripada Allah. Tidak makan, minum, tidur, beranak pinak dan lain-lain. Bilangannya terlalu ramai dan tidak diketahui kecuali Allah SWT.