Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Tuhannya. Hanya ia agama yang diredai oleh Allah SWT.
Pesuruh Allah
Rasulullah atau utusan Allah yang dipertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah Islam kepada jin dan manusia
Nabi Muhammad
Rasul dan utusan terakhir yang diutuskan Allah kepada makhluk keseluruhannya untuk menyampaikan Islam
Zakat Pendapatan
Zakat yang dikeluarkan ke atas jenis-jenis pendapatan dengan kadar 2.5%.
Solat Asar
Solat fardu empat rakaat yang waktunya bermula apabila bayang sesuatu objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga terbenam matahari.
Solat Zohor
Solat fardu empat rakaat yang waktunya bermula daripada gelincir matahari hingga bayang-bayang suatu objek sama panjang dengannya.
Solat Subuh
Solat fardu dua rakaat yang waktunya bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbitnya matahari.
- « Previous Page
- 1
- …
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- …
- 26
- Next Page »