Bilangan berdiri di dalam solat yang mempunyai sekurang-kurangnya sekali rukuk dan dua kali sujud.
Solat Isyak
Solat fardu empat rakaat yang waktunya bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq
Solat Maghrib
Solat fardu tiga rakaat yang waktunya bermula apabila matahari terbenam sepenuhnya hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Solat Asar
Solat fardu empat rakaat yang waktunya bermula apabila bayang sesuatu objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga terbenam matahari.
Solat Zohor
Solat fardu empat rakaat yang waktunya bermula daripada gelincir matahari hingga bayang-bayang suatu objek sama panjang dengannya.
Solat Subuh
Solat fardu dua rakaat yang waktunya bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbitnya matahari.