Air yang bercampur dengan najis atau berubah sifat kerana bercampur dengan najis.
Air Muqayyad
Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu atau benda yang suci yang boleh mengubah sifat air tersebut dan tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Air Musyammas
Air mutlak di dalam bekas yang terjemur atau terdedah pada cahaya matahari yang amat terik.
Air Mustakmal
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib) dan tidak boleh digunakan untuk bersuci semula.
Mandi Wajib
Perbuatan meratakan air ke seluruh tubuh badan dengan niat mengangkat hadas besar disebabkan perkara-perkara yang mewajibkannya.